SEJARAH
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HASSAN.
Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Alor Setar telah didirikan pada 8hb Oktober 1911 bersamaan 14 Syawal 1329, iaitu kira-kira 107 tahun yang lalu. Semasa sekolah ini dibuka terdapat seramai 68 orang murid dan 3 orang guru, yang diketuai oleh Cikgu Md. Saad bin Hussain selaku Guru Besar. Sebelum perang dunia kedua terdapat seramai 180 orang murid lelaki sahaja belajar di sekolah ini. Pada masa pemenrintahan Jepun 1942-1945 terdapat seramai 412 orang murid lelaki dan perempuan. Pada tahun 1947 ditubuhakan satu Jawatankuasa Lembaga Didikan Sekolah yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Ibrahim bin Haji Minai dan setiausahanya pula ialah Tuan Haji Ali bin Ismail JMN. Ini bertujuan untuk menyelenggara kemajuan pentadbiran sekolah di masa itu.
Pada 21hb Februari 1948 sekolah ini telah dilawati oleh Miss Trevelyan, Wakil Lembaga Pelajaran Bangsa-bangsa Bersatu. Dengan kerjasama dan daya usaha Jawatankuasa mengadakan kedai kuih dan tambahan saluran paip untuk murid-muridnya pada tahun 1950 dan 1952. Pada tahun 1957 Pejabat Pendidikan Kedah telah mendirikan sebuah bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah. Pada tahun 1961 sebuah lagi bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah dan Pejabat Sekolah telah siap dibina. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB Dato` Syed Omar Shahabudin, Menteri Besar Kedah pada 3hb Februari 1962.
Pihak Pejabat Pendidikan Kedah juga telah bersetuju mendirikan sebuah kantin sekolah dan tandas tarik pada tahun 1962. Pengerusi Lembaga sekolah telah beberapa kali mengutarakan kepada pihak Pejabat Pendidikan Kedah dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar tentang persiapan padang permainan, pagar sekolah dan menambun kawasan sekolah yang selalunya dinaiki air bila hujan. Dengan kegigihan dan ketekunan ahli-ahli Lembaga Pengurus dan Guru Besar. Allahyarham Tuan Haji Hassan Itam telah menulis surat, berjumpa dengan pihak-pihak yang tertentu maka kini segala yang diusahakan sekian lama telah dilaksanakan.
Pada 30hb Mac 1980 bersamaan 14hb.Jamadilawal 1400, sekolah ini telah mencatat satu lagi sejarah, di mana pada terikh tersebut Sekolah Kebangsaan Simpang Empat telah ditukar kepada nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam sempena nama bekas Guru Besar sekolah ini. YAB Dato Seri Dr.Mahathir b.Mohamad SSDK, SSAP, SPMS.Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu telah merasmikannya.
CIKGU HAJI HASSAN ITAM
No comments:
Post a Comment